Sunday, April 24, 2011

Bila gugurnya daun yang tertulis namanya..


Nenek,

Sepanjang kehidupan aku mengenalmu, aku sedar aku bukan yang terbaik. Aku dan dirimu bagai ade satu curang tercipta..Ini gara-gara jarak dan waktu yang memisahkan kita.

Aku akui aku tidak benar2 mengenali dirimu,walaupon darah mu sedikit sebanyak mengalir dalam tubuhku.

Tapi yang aku cukup pasti,kau ibu kepada bapaku.jadi aku perlu hormat dan sayang padamu..itu hukum alam sejak azali.

Kedewasaan mematangkan aku,sedikit sebanyak aku mula sayang padamu,walau kau tak pernah peluk aku..tak pernah kata sayang pada ku..itu mungkin caramu..tapi tidak pula kau pernah memarahi aku mahupun memukul diriku..

Dulu, mungkin setahun hanya beberapa kali je kite berjumpa..mana nk timbul rasa kasih itu..kesibukan org tua ku mungkin penyebab mereka jarang menjengukmu,tapi aku bukan nk salahkan mereka..kini mereka sering pulang..mungkin usia juga banyak mengajar mereka.

Nenek,

Sejak aku menjadi ibu,banyak perkara yang aku mula sedar dan akui..setiap kali kita bersua,aku pasti tidak lupa memeluk dan mencium dirimu..Itu membuatkan aku bertambah sayang padamu.Kasih yang bercambah ini, aku kira baru sahaja ingin mekar..tapi masa sangat pantas membawa segalanya, termasuk dirimu.!

Nenek,

Dulu sewaktu kecilku,jiwa kita jauh terpisah,aku tidak rasa kau sayangkan aku,aku jugak tidak dalam sayang padamu.sayangku berbatas,hanya kerana kau nenekku.Sikapmu yang pendiam dan seakan tidak mengendahkan diriku,membuatkan aku rasa kau jauh.Ingin sekali aku mengulangi detik itu untuk aku memulakan langkah.Langkah untuk mula mengenalmu,menyayangimu dahulu,bukankah ada pepatah mengatakan,sayangilah org dahulu jika ingin diri disayangi..Aku Kesal..Terlalu banyak kekesalan dimasa lampauku..

Tuhan,

Sekuat mana pun jeritan ingin mengulangi semula detik di mana aku masih berlari2 girang bersama2 sepupu-sepupuku, kuat lagi hakikat yang telah kau tulis bahawa dia pergi tidak akan kembali..

Tuhan,

Kau Maha Agung Dan Maha Mengetahui,Sampaikanlah salam teramat sayang dan rinduku buat nenek..tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman..Limpahkanlah dia dengan kasih sayang darimu,sesungguhnya kasih sayang darimu adalah yang paling bernilai..

Nenek,

Di penghujung waktu, aku sempat memandikan jenazahmu..ku usap lembut rambutmu..tubuhmu kusirami bersih..mungkin ini bakti terakhirku buat mu..

Nenek,

Sekalung Al-Fatihah hadiah terindah menemani perjalananmu..Semoga dirimu aman di sana!!


Nota pengarang: Cinta yang tiada alasan mahupun sebab untuk menyintai seseorang adalah cinta yang paling tulus….





6 comments:

  1. sebak ayu baca entry akak. semoga akak tabah. banyakkan sedekah al-fatihah ok..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ayu..

    yG baiK jaDikan TelaDan..yG BuruK Letakkan SemPadan..

    Sayangi Lah MereKa yG teRsayanG seLaGi MasiH BerkeSempataN.

    SesunGguhnYa..7LaUtan pun Tidak MamPu MengemBalikaN MeReka SeMuLa..

    a.k.a Saya berpesan pada diri sendiri JuGa!!

    ReplyDelete
  3. erm mas.. sedihnya bila baca entry ko.. ngee.. tringat pada arwah emak aku.. w/pun arwah emak aku dh pergi hampir 7 tahun tp aku smpai skrg masih trasa khilangan dia.. erm sgt sedey n sgt jealous tgk org yg ada emak.. sedey tau.. entry klo wat kan aku tkenang saat pemergian arwah emak aku, saat memandikan jenazah..waaa... sedey!!

    ReplyDelete
  4. Alahai...xberniat nak buat ko sedey..maaf la yee..
    Sedikit sebanyak, aku faham perasaan ko,aku tahu,kesedihan kau lagi banyak dari aku..sbb kau kehilangan emak..org yang menjadi tulang belakang kehidupan kite..
    Aku tumpang simpati..
    Aku doakan semoga ko dikurniakan ketabahan yang kental..Amin..

    ReplyDelete
  5. okey akak..i will..lagi2 nak balek tengok abah ayu skg..rindu

    ReplyDelete
  6. Semoga Abah ayu sentiasa sihat selalu menanti kepulangan puteri tercintanya nie...

    ReplyDelete