Tuesday, May 31, 2011

SeSungGuhNya................MATi iTu PasTi.......!!


Bila aku akan Mati ye??





Kadang kala ade satu detik yang kite akan termenung seketika..teringatkan bila tibanya waktu kita dipanggil oleh-Nya..



Bunyi siyes je Entry nie kan..tapi kite kan mmg di galakkan ingtkan MATI..aku teringat ni pon sbb semlm baru je melawat mak lang aku yang di masukkan di hospital Putrajaya di Bhgn ICU.


Keadaanya nazak...


Bila melihat keadanya itu...aku terkenangkan diri aku..


Bagaimanakah keadaan aku mati kelak?


Adakah aku mati kerana sakit? Sakit apakah? Sedangkan sekarang aku sihat walafiat..alhamdulillah...


Adakah aku mati kerana kemaLangan jalan raya..aku ni pon bawak kete bole tahan laju..ish...astarfirullahalazim..selisih malaikat 44..jauhkanlah..



Bila citer bab mati ni, bulu roma meremang jek...eee..takutt..jadi aku tukar pakai la perkataan mati kepada ‘pergi’ ye..bagi memudahkan aku bercerita..tak la ketar sangat kepala lutut aku ni..


[pasni baca dan bayangkan diri sendiri okek..tapi kalau takut,aku tak kisah ko nk bayangkan diri aku]










[before teruskan membaca..on MP3 ni dulu yee..]

**********************************************************
Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
**********************************************************



Aku manusia biasa yang tak bole lari dari akan meninggalkan dunia yang fana ini..aku pasti aku akan pergi jua walaupon aku tak tahu bagaimana cara aku akan di panggil oleh-Nya..

Walaupon bila aku pikir je pasal benda ni..bulu roma aku merebang dan peluh jantan aku menitik..hakikat tetap hakikat..aku akui aku memang takut..


Aku takut sebab banyak perkara..sangat banyak perkara..siyess..



Pertama sekali..comfirm2 la pasal amalan aku..aku ni,ilmu agama sgt la nipis..bak kata pepatah senipis kulit bawang..sembahyang 5 waktu x berapa nk ade..mengaji jarang sekali..senang citer aku ni bukan di kalangan org-org yg kuat agamanya..aku sedar perkara tu..itu kelemahan aku..


Dalam perkara ni, aku x salahkan mak abah aku pon..sbb dorang dah jalankan tanggungjawab dorang dengan baik sekali..hantar aku gi ngaji Muqadam dengan Al-Quran sejak kecik lagik..Masa kecik,aku ni macam suci jek..setiap petang pegi mengaji..Tapi bila dah besar....


Pastu,bila aku pikir pulak pasal anak aku yg akan aku tinggalkan..macam mana keadaan dia tanpa aku jika aku pergi dulu..tanpa kasih sayang dari ibu kandungnya sendiri..


Aku cukup yakin..tiada siapa yang dapat berikan kasih sayang yang sama seperti aku sayangkan dia..sayang aku pada dia..kalau tidak keterlaluan..bole aku katakan aku sanggup tukarkan dengan nyawa aku sendiri!!..aku sayang dia sangat-sangat..!!


Bila dah jadi ibu ni,secara automatik kite akan di kurniakan deria ke 6..kata lain sixth sense..Setiap pergerakkan atau rengekkan anak kite,kite dah tahu dia nak apa..makan minum dia cukup terjaga dan teratur..dulu,kalau aku tinggalkan dia sekejap pon dengan pengasuh aku dah rasa dia derita..[maybe perasaan..abaikan..] Perkara ini yang paling berat utk aku tinggalkan..sebab kalau dia dengan hubby aku pon..hubby aku pon tak melayan dia seperti aku layan dia..maybe itu cara ayah dia didik anak..takkan nak samakan dengan cara aku ibu dia..


Maklum saje la ibu,sekeras mana pon hati seorang ibu itu..takkan sanggup tengok anak dia susah..Marah macam mana pon seorang ibu, takkan marah lama..sekejap je dah sejuk..


Bagaimana pulak dengan suami aku..adakah diakan tetap sayangkan aku dan takkan melupakan aku walaupon aku di alam yang lain..?atau adakah dia akan berkawin lain dan mencari ibu tiri untuk anak kami..ish..itu lagi aku takut..aku lebih rela anak aku dijaga oleh neneknya dari dijaga oleh ibu tiri yang aku rasa takkan dapat sayangkan dia..[kadang-kala,pikiran aku kolot jugak..terpengaruh dgn cerita bawang merah,bawang putih kot..]


Mak,Abah ngan adik-beradik aku macam mana..?Mak dengan abah akan ingatkan kakak sampai bila-bila ker? Selalu doakan untuk kakak ker?Rindukan kakak tak?Kakak dah tak de untuk bersama2 mak abah..takde nak jaga mak abah sampai tua..kakak yang kene pergi dulu..mak ngan abah redha ke..


Atau adakah mereka-meraka semua ini, akan sedih sebulan dua je..selepas itu mereka akan teruskan melupakan aku buat selamanya..dan aku disana akan kesorangan, kesepian, kegelapan serta ketakutan...Maka terus hilang lah insan yang bernama AKU..mereka takkan sebut-sebut lagi..tak akan panggil-panggil lagi..malah mereka mungkin takkan ingat lagi.............








*******************************************



Wahai Anak ku sayang......ingatlah pada mama mu ini..ibu yang melahirkan dirimu dari perut rahim ku..Ibu yang menyusukanmu..Ibu yang memberi sepenuh kasih sayang padamu..Ibu yang membesarkanmu....bukan harta dan wang ringgit lagi yang mama harapkan..Kini hanya secebis ayat-ayat suci Al-fatihah dan ayat-ayat kursi darimu anak ku....


Wahai suamiku yang ku cintai..aku dijadikan dari tulang rusukmu,untuk kau lindungi..teruslah lindungi aku walau aku di alam yang lain..teruslah sayangkan aku... akan aku nantikan dirimu disana kelak sayang...


Wahai Sahabat Handaiku..jika kau teringat akan daku..kirimkan lah sekalung doa buatku....


Oh! Air mata..jika mengalirnya dikau boleh membantu merawat rawan dijiwa..menghapus dosa dan noda..mengalirlah dikau..sejukkanlah hati yang sedang pilu..


Aku hanya hamba Mu , Ya!Allah..kepadamu aku berserah..ku pohon padamu kau panjangkan lah usiaku..berikan aku kesempatan memperbaiki segala kesilapanku,kealphaanku serta kelalaianku..


Ku sedar Ya!Allah,..aku tak layak kesyurga Firdausi Mu..Tapi...Aku juga Tidak Mahu jejak malah mendekati neraka jahanam Mu..


Ya! Allah, Ya! Rahman, Ya!Rahim..Kau yang Maha Agung, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..kasihanilah hambamu yang hina ini Ya!Allah.. Amin..Amin..ya rabbalalamin...



Nota Pengarang: Sesungguhnya Mati itu pasti..hargailah mereka di sekeliling kita selagi mereka masih ada..sama-sama kita berbanyakkan amalan dan kesalan atas dosa2 lalu..



Monday, May 30, 2011

LiLin sXxX......XOXO

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
" ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab
kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini
sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB
kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahmud ker?" "iya, saya ni
isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak leh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai
TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman
IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru
lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun
berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun
beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Mahmud ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia
pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun
nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah
lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman
kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahmud ni berdiri dan
mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak
settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si
mahmud naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong
encik punya..........." Si Mahmud mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI

LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????.....................










TerCipta UntukKu..!!






Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu






klik Mp3 tu..turn on speker,jom nyanyi sama2..nyanyi dengan penuh perasaan tauu..





*Lagu ni,mama tujukan khas buat FaTeh AnnuaRi Hani & MoHd SHahRiR Hani..
MaMa sayang sangat fateh ngan ayah!!chup chup mmuuahh!!




Ini AdaLaH Repeat Entry...hehehe..xpe aku suke..nk repeat gak entry ni... i like!!

[cara-cara nk bykkan entry..huhuhu]




Monday, May 16, 2011

CeRiTa BerDaRaH.....

ini cerita basi yg aku baru nk tepek..LOL :P



Hari yang malang..arrrrrrhhh!!! tensionnye aku…………!!

Padahal,aku mulakan hari aku dengan bagus sekali..aku bangun awal..dan mandi bersih2..siap shampoo lagi okek..bole bayangkan kan..mandi pagi yg sgt rajin dari mandi pagi-pagi yg lain..huhuhu..

Sampai opis tepat pada waktunya..sbb tadi speed laju tahap impak maksima…mesti cicah 120/km punye laa…20minit je aku buat dari seri kembangan gi puchong..puchong gi putrajaya..huhuhu..hebat mcm gaban!!


Kerja waktu pagi aku berjalan dengan sgt baik sekali sehingga la aku terpaksa buatkan repot telipon rosak kat telekom bagi pihak mak aku..aku pon dial la 100 utk report kerosakkan tu..first time call..layanan mmg ok..tapi byk songeh..tanya rosak mcm mana la..pe la…bila aku ckp telipon tu x bole guna..sbb dia mintak insert card..padahal ni tipon rumah kot..nyanyok ke hape nk suruh insert card..nk cucuk kat mana??!! Sengal punye telipon!!Itu la namanya telipon x sedar diri..dia ingt dia publicphone kot!!sengaii

Pastu,operator tu ckp kat aku,suruh call balik mak aku,tanya time bile telipon giler tu suruh insert card..masa nk call ker..atau masa call masuk..

Hangin..hangin..bile dah settle pasal mak aku..aku call balik telikom..lepas dia soal selidik aku mcm first time aku call tadi..pastu dan-dan pulak bagi aku tip-tip camne nk buat kalau kerosakkan mcm tu..suruh aku buat itu la…buat ini laa..aku geram.aku cakap la..asal
x hantar juruteknik je..suruh check dan buat semua tu..dia balas balik dia ckp..juruteknik yg pesan kene buat mcm tu dulu..LOL..lepas ckp lebih kurang,aku terus letak ganggang.. !@#$%^&*()

Pastu..xhabis dengan itu..tetiba sesuatu yg buruk terjadi pada aku..sesuatu yg memalukan.. LOL..T_T sebenarnyee..sgt memalukan..

Sehingga aku terpaksa nekad balik rumah utk salin baju lain..ooohh!! Tidakk..aku rasa upsad sgt..malu sgt..waaaaaa…!!! Ini semua penangan ubat yg aku telan la ni..!! @#$%^&*()

Sekali lagi kene racing laju2 balik rumah..

Lepas semuanya selesai..aku kire,dah xde pape lagi laakan..hanya tinggal kesedihan yg kemaluan diri sendiri je la kan..

Rupenye,dugaan ini bukan dtg sekali…Aku di uji lagi tahap kesabaranku..huhuhu..Ini kalau letak thermometer kat kepala aku ni..mau meletop benda tuh..sbb panas sgt!! Kepala aku mmg berdenyut2 dah ni..

Sampai rumah..baik punye senang hati..dah plan nk masak la sedap2 mlm ni buat pengubat hati yg lara..sambil merancang nk buat surprise dinner tuk en.hubby..siap singgah mymaidin lagi shoping barang2 nak masak…

Tangan dah penuh barang nk masak..sampai depan pintu cari2 kunci rumah..aarrhh!! kunci xde..ni mesti tinggal dlm paper bag yg aku bawa balik t/hari tadi..uwaauwaauwaaa.. T_T



Cari pulak h/p..hp mmg pepegi tadi aku dah tahu xde kreadit..xpe la,aku bole je topup..


sekali h/p xde bateri..uwauwauuwauuwa..dugaan apakah ini..


Aku pon turun la cari publicphone kat bawah rumah..alhamdulliah ade..bila nk guna..uwauuuwaaauwaaa..nangis lagi sekali..dah lama sgt tak guna public phone..lobang masuk duit pon x jumpa..uwaauwaauwaa…ngan muka slamber aku tanya budak kebetulan lalu kat situ..


“Adik..adik..kat mana nk masuk duit ni..akak dah lama x guna public phone laa”..hahahahha..(sekarang ni,aku berpegang kuat pada pepatah..malu bertanya sesat jalan..) padahal muke..dah malu giler dah tuu..!


Xpe..buat2 macho..maklum je la..akukan kengkonon hebat sgt..takat public phone mana pernh nk guna..juz guna public toilet jekk..public phone haram xde makne nk guna..huhuhu..sungguh bongkak dan takaburr sungguh!! Hahahhaa


Setelah yakin,yg aku ni x de la hampeh sgt sampai lubang telipon pon x jumpa..dan yakin mmg lubang yg aku try masuk duit tu mmg lubang duit..tapi rosak disbbkan ‘vendalizem’ bebudak yg harambopulus..yg xreti hargai harta awam..aku pon gi cari public phone yg bole dipercayai sikit..


Last2 jumpa..lepas berpesan sepatah 2kata kat mak aku..aku pon tunggu la hubby tercinta kat perkarangan swimming pool rumah kitorang..


Hampir sejam jugak la menunggu..muke aku mmg sungguh berkerut..sampai Fateh tetiba tegur aku..”mama..mama..asal mama buat muke camni.?” Sambil dia mengerutkan dahi dia..hahahahaha..time ni la aku tergelak dan tersedar..betapa terukknye keadaan aku time tuh..terus aku senyum dan try tenang2kan diri..


Dipendekkan citer..akhirnye aku dapat balik kerumah..mood memasak mmg dah out..terus lepak dalam bilik..dan kunci bilik..sambil warning “jgn kalau mama”..lepak2 tenangkan diri..sampai 9.30mlm baru ok sikit..terus bersiap nk gi release tension nk makan mcdonal’s puas2..ajak hubby kuar.


Sampai2 kat mcD..dugaan masih x puas nk kejekan aku.. sedey sgt dowh!!dugaan je sepanjang hari..




Aku pon x pasti,apa pasal mcD yg selama ni setiap malam lengang…mlm ni pulak yg penuh sepenuh2nyee..nk kate mcD ade buat 70% diskuan..xde la pulak..dorang ni saje je nyibuk kat sini..saje jek buat aku hangin..xkan la dorang sume ni nak release tension jugak kot!!!





Wednesday, May 4, 2011

Berita Harian Online | Rakyat Malaysia lemas di Australia & CinTa Tulus Si Isteri

Assalammualaikum dan salam keinsafan...






Tatkala menerima berita dari sepupu aku eda..yang suami non kawan sekolah kami meninggal..aku mcm tak percaya..terus masuk FB baca komen kawan2..tak puas lagi..baca lak surat kabar berita pasal kematian dia di oversea tu..kat australia..

Aku tak percaya bukan sbb aku ingt dorang memain..aku rasa semcm laa..iye lakan..member time sekolah..sama2 huhahuha..la ni, dah jadi balu a.ka janda anak satu..uishh..seram jugak..memuda dah di uji mcm ni..

Time ni..aku teringat sgt kat en.hubby aku...uisshh..xnkbayangkan laa kalau dia xde..mau gamat dunia ni dengar aku punye meraung..ngeh3x..mana taknyee..aku sayang sgt kat dia tau..!!

walaupon perkahwinan kitorang baru je 6tahun..tapi kalau (+) ngan 4tahun bercinta..dah 10tahun tu.....

Dia bukan je mcm tangan kanan aku....malah lebih dari tu,time aku x dapat bukak botol mayoniz....dia lah superhero aku..hehehehe..time aku gatal kepala nk congak 10ribu (x) 34bilioon (-) 5juta (/) 8milioon (+) 5trilion dialah yg bagi jawapan ...
Dia jugak la org yg suke menyibuk komen2 pasal bakat aku waktu aku nk deko-deko rumah..
dan dia jugak laa yg menjadi IRON CHEF aku time aku masak..bab rasa2 ni..mmg kene panggil sifu..walaupon sifu x reti masak,tapi bab rasa merasa ni dia mmg iron chef laa...huhuhuhu

walaupon,kadang2 aku hangin satu badan jugak dengan dia..tapi time dia manja2comeii..tetap jugak aku cair..huhuhu

Bie..mas sayag sgt bie lebih dari yang bie tahu.. :P (dah mcm lirik lagu dah..)hahhaha

Berbalik pada cerita member sekolah aku tuu.."salam takziah ye non..semoge ko tabah dalam menempuhi dugaan dari Allah ini"..

ni ade link berita tu..



Al-fatihah buat arwah fauzie..suami kepada sahabat aku maznun..

Semoga beliau tabah dalam menempuhi segala dugaan yang Allah berikan..





Tuesday, May 3, 2011

GaDis ChuBby yG suKe ShoPinG,MakEuP dAn MeLaLaK..!!

Assalammualaikum dan salam 1 malaysia..kihkhikhihkih

Anyway terima kasih ye pada yg sudi baca blog aku ni..sape yg baca sorok2 tu..baik jadi follower je la weii..awat nk segan sgt tuuuuu...hehehhehehe..


Aku sebenarnye rasa teruja sgt bila tarikh-tarikh yang kite nnt-nntkan nk muncul tibe..

tarikh2 keramat tu biasanya tarikh hari jadik ngan tarikh Anniversary lakan..hahahha

Sebenarnyee..tarikh2 keramat yg aku tunggu tu dah berlalu pon...hanya yg tinggal tarikh2 xberapa gamat je laa...hahahha

Tapi tak sangka..dah penghujung bulan 4 pun rezeki hari lahir masih ada..Alhamdulillah..
Syukur pada Allah,kerana masih ade yg ingat dan sayang.. :D

i pon sayang u allz ketat2 tau...meeowwwww (gaya gedikz)

ni aku attachkan gambar present dari gadis chubby :














Kristal ade gambar bunga tertulis happy birthday...so sweet..........





Buat GADIS CHUBBY , Jutaan Terima kasih buat mu..SemoGa Allah Limpahkan dengan Ribuan Rezeki dan Hidayah...



kata-kata penulis :- salah satu cara kite nak menghargai seseorang dengan memahatkan segala pemberiannya di dinding..
xdapat tepek kat dinding rumah pon..dinding blog pon kire orait la kan..kihkihkih