Friday, December 30, 2011

HaDiaH DaRi SyuRGa..!!

Assalammualaikum..


Hari ini adalah salah satu hari yang paling gembira..walaupon badan lemah x bermaya..kepala x stabil..tekak meloya x memasal..tapi..mmg hari ini tetap hari yg menggembirakan..

Setelah sekian lama menanti..akhirnya rezeki Allah datang di saat hambamu yg lemah ini berhenti berharap..lumrah aku manusia biasa..mudah sungguh patah semangat..hanya berserah pada yg Maha Esa..

Allah yang Maha Mengetahui kerana adanya serpihan harapan di nun jauh dilubuk hati yang aku sebenarnya masih menanti..

Bila tahu akan berita ini..aku bukan melonjak kegembiraan atau ketawa keriangan..aku hanya diam..termenung..betol ke tidak keputusan ujian tadi...ishh!! mcm x betol ni..semlman tu aku x lena tido..

Bila subuh hari suami aku bangun dan lihat di atas meje solek..adenye alat ujian tu..dia pulak yg membelek..belek mcm x percaya..dia tak kata apa-apa..hanya terus dtg kat aku..terus peluk kesukaan..hati aku kian berbunga!!! Aku senyum..aku ckp relex dulu..ini belom comfirm lagi..kihkihkihkih

Tanggal 29.12.2011 di sempena umur aku pon di hujung 29thn..aku bersyukur di atas kurniaan mu yg paling bernilai ini..Amin!!

Monday, October 24, 2011

Bila Janji Menjadi Duri,Kata MaAf MenjaDi RaCun..!!



Kadang-kala cinta yg sejati tidak bole menjanjikan satu kebahagian yg hakiki...
satu ketika dulu..waktu jiwa dibanjiri rasa cinta yg terlalu mendalam..mmg terasa dunia ini hanya aku dan dia..
bagai uda dan dara..cinta inilah yg paling luhur..yg paling agung..lebih agung dari cinta laila dan majnun..



aku sering lupakan kenangan manis itu..aku sering lupakan janji-janji indah dulu..sebenarnya aku bukan melupakan..aku sengaja tidak mahu mengingatinya lagi..


bagiku kini..cinta itu noda luka........!!


sakitnya kini,tiada apa yg boleh gambarkan..
luruhnya jiwa..hingga tidak mampu bangunkan lagi..


redhalah hati..aku pasrah padamu illahi..


cinta yg ku rasakan agung..kini duri yg berbisa..
bisa yg bukan saja membunuh malah meracun seluruh pelusuk jiwa sensara..


aku tekat,biar yg ku cinta bahagia..aku di kecamukan hati ini, diam...hanya air mata berlinang,sepi...


berbagai2 yg dilakukan,hingga satu yg tidak langsung dapat dilupakan..
janji2mu terlalu tajam..kata penyesalanmu satu siksaan..derita ini milik aku..


mata ini,xmampu lagi melihatmu..terlalu banyak kau khiyanati aku..


*****************************************************************************************************


dua insan sedang bercinta..dua insan berjanji setia..
telah ku katakan pdmu oh sayang..hanya kuasa tuhan dapat memisahkan...


******************************************************************************************************




kata pengarang : rahsia hati..siapa yg tahu..!!akan ku kesat 'air mata nur salina'..!









Friday, September 30, 2011

Kisah Yg MeLambangkan Kasih SaYang Seorang Ibu..!!


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membu...sung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

nota pengarang: Sedih sgt bila baca cerita ni yang di kongsi oleh rakan facebook..jadi,aku pon paste kat blog aku utk renungan member2 blogger sume..minta tuan/puan empunya cerita halalkan copy paste ni ye..terutama buat puan jamilah dan en.hamdan..semoga tabah dalam menempuhi ujian Allah..!!


Monday, September 26, 2011

Raya Aidilfitri 2011

Assalammualaikum..

Walaupun sekarang ni dah di penghujung syawal..tapi kemeriahan Aidilfitri masih terasa..Open house x putus-putus..urat perut je yg rasa mcm nk putus sbb kekenyangan..huhuhu

Raya tahun ni bagi aku,biasa2 jek..maybe sbb aku pon dah di penghujung 20-an..huhuhu..sibuk dgn aktivi kekeluargaan je laa..

Tak mcm remaja2 dulu..raya sgt sakan..raya sampai larut mlm mmg biasa..rumah2 member sume akan di singgah..raya beramai2 mmg meriah..rindunyee suasana tu..sekarang semua dah ade family sendiri..semua sibuk dgn agenda sendiri...huhuhu

Bila mak aku membebel pasal adik aku balik beraya sampai lewat malam..sampai pukul 12t/mlm..aku x kata apa..automatik otak aku terbayang..aku pon camgitu jugak dulu..

Tapi adik aku agak melampau..bila di tegur tak insaf2..satu mlm,masih bulan syawal lagi..mak aku dah tunggu dia depan rumah..bila di sampai jek..mak aku terus nk rembat dgn rotan..maka berlari lintang pukang la dia masuk bilik..huhuhu..mak aku brutal..jgn memain.aku ingt selama ni,mak aku tak adil..garang ngan aku jek..kire,ketidakpuasan hati aku reda la sekarang..mak aku mmg adil. Hihihi..Adik aku pon merajuk..tak kuar bilik 4hari..hahaha..padan muke..huhuhu

Beraya diumur mak aku,aku kire lagi bosan kot..sian mak..

Satu hari,masih di bulan syawal..mak aku telefon..mak nak ajak gi kuantan,rumah pak ucu dia.Aku on jek..tapi sekarang aku tgh ade agenda lain..aku kene hantar sepupu husband aku bertunang..sian mak,xdpt bawa mak berjalan..bila aku ckp jek,nnt kite gi yee..ajak dorang semua (dorang=adik2 aku)..

Mak terus hangin..takyah ajak dorang sume..dorang dah puas berjalan..hari2 kuar beraya..sape jek yg ade kat rumah sekarang..sume dah kuar..!!bebel mak..sian mak..

Takpe la ye mak..insyaallah,ade rezeki nnt,kite pegi kuantan kay..hehehe


Pengarang terpikir : Fida ngan mamat sepah tu x sepadan laa...fida comel..mamat tak comel..hehehe..tapi,fida jatuh cinta ngan mamat sbb tulisan jawi mamat cantik..LOL. Nampaknye,para jejaka diluar sana, nk dapat awek comel,kene la belajar tulis jawi cantik2 yee..hehehhe


***aku pon x paham,asal tetiba aku terpikir pasal fida ni..mmg xde kaitan dgn citer raya akukan..hehehhe***






Thursday, August 18, 2011

SamBaL KuaH KacanG TraDisi BonDa..!!

Assallammualaikum dan salam ramadhan semua.
last entry aku,aku ade sebut nk kasi resepi kuah kacang right??
okay,rini walaupon aku x berapa sihat,sakit tekak disbbkan minum air batu atau mungkin juga sbb kene hujan smlm..aku tetap akan hupdate gak resepi tuh..

Sambal Kuah KaCang Tradisi Bonda
(tajuk mesti kene gempak..baru org teruja kan..huhuhu)
Bahan-bahan
Kacang Tanah (Goreng garing & kisar bersama air *-kisar agak kasar sedikit)
Cili kering yang telah di kisar
**Bawang merah
**Bawang putih
**Lengkuas
Serai di ketuk
Air Asam Jawa
Santan
Gula dan Garam
(bahan bertanda ** perlu di kisar)


Cara-Caranya
Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai & cili kisar sehingga naik bau.
Masak sehingga cili betul2 masak.
Tambahkan sedikit garam.
Kemudian, masukkan kacang tanah yg telah di kisar tadi..kacau rata.
Masukkan pula santan, sedikit air dan asam jawa.
Akhir sekali, masukkan sedikit gula.
dan bole la di hidang kan bersama nasi impit/ketupat dan rendang ayam!

Simple kan masakkan2 yg aku kasi..pasni,korang bole la try..rayakan x lama lagi..mesti korang rasa happy sgt bila dah berjaya buat sendiri rendang ayam ngan sambal kuah kacang ni..mmg berbaloi2..huhuhu..sedap tau!!

Pesanan Chef: kalau dah buat tu..jgn lupe bg aku rasa okay!!!..wink2!!

Wednesday, August 17, 2011

Accessories kereta MyVi..



segila2 aku shoping..aku paling lemau nk layan org gi shoping..sedikit sebanyak aku dah mula nk paham perasaan org,terutama my hubby bila terpaksa tunggu aku shoping &layan kerenah aku shoping..huh!! mmg memenatkan!..

aku baru je balik dari temankan en.suamiku dari bershoping barang kereta.Benda yg dia nk shoping tu pon aku mmg xpaham langsung..mana la nk ade mood nk cuci mata pon..

lain la kalau dia nk shoping baju..ade la semangat aku sikit..segar la bijik mata aku nih..xkisah la pon..kalau dia shoping baju dia je ke..asal perkara tu..benda yang aku suke..dan yg penting aku paham..yg mana cantik..yg mana tidak!!huhuhhuu..
rasanya..nk shoping sampai pukul 12mlm pon aku x kisah kot!!




siyes penat : bila dia round seri kembangan gi kelana jaya..gi lak puchong..balik semula seri kembangan..semata2 nk capaikan semua impian dia..huhuhu..sabar2 la sikit bie..esokkan masih ade..xyah la nk pusing2 cari kedai mana yg bukak lagi..huhuuhu...tenattttt!!

bertambah siyes: bila terlepas waktu berbuka sbb khusyuk sgt shoping..T___T


Resepi RenDang AyaM CiLi Padi..

Assalammualaikum sume..

Rini seperti di janjikan..aku nk kasi satu resepi rendang ayam terbaik..!!
Resepi rendang ayam ni...mmg resepi turun temurun la kirenye..hehehe..

okey..make sure..pasni print or ambik pen/pensil..salin kay!!

Rendang Ayam CiLi PaDi..


Bahan-Bahan

Seekor ayam

**CiLi padi [lebih kurang 40biji]

**Halia [sebesar ibu jari]

**Lengkuas [sebesar 4jari]

**Kunyit Hidup [sebesar ibu jari]

**Serai 4batang

**Bawang Merah 6biji

**Bawang putih 3biji

Buah Keras 3biji [tumbuk]

Kunyit serbuk [ 1sudu besar

Daun Kunyit 3helai [diracik]

Santan 1kilo

Kerisik [sepeket kecil]

Asam Keping [1/2 keping]

[bertanda ** perlu di kisar]

Cara-Cara

Masukkan semua bahan-bahan termasuk ayam.
Masak hingga naik bau dan agak kering.
Masukkan santan dan sedikit air.
Masukkan asam keeping dan sedikit garam
Masak sehingga agak kering.
Dan akhir sekali masukkan kerisik.


Rendang ayam ni,sangat sesuai di sediakan waktu hari raya.
Makan dengan ketupat/nasi impit mmg best.
Dapat makan ngan lemang pon marveles!!

Cuba tau..mmg ade uummpph!!



gambar rendang ayam yg di google..gambar sebenar xsempat ambik lagi.. kalau ade nnt..aku hapload kendian yee..



Nota pengarang : pasni,bole post entri kuah kacang lak..special utk hari raya!!wallahh!!

Friday, August 12, 2011

Ramadhan 2011



Rasa mcm baru je masuk bulan Ramadhan...tup-tup dah masuk hari yg ke-12 pose..dah hampir setgh bulan berpuasa..Lajunye masa!!



Bulan pose ni,aku dah x pikir sangat pasal baju raya,coz dah beli awal2 before raya lagi..juz nnt nak cari baju jalan fateh jek..



Sepanjang bulan pose ni,baru semalam menjengah baazar ramadhan kat taman equien s.k...mcm tahun2 yg lepas..mmg banyak dan pelbagai makanan dan minuman di jual..kedai Murtabak jek aku rasa, ade sampai enam(6) kendai..perhh!! ramainye org pandai buat murtabak..huhuhu..tinggal kene pilih jek yg mana sedap!!



Harga makanan bole kate,setiap tahun naik..tahun ni,seketul ayam/ikan rm3.00. perhh!!! mahal betol..dah mcm sepinggan n.goreng!!



Sume benda mahal..xde makanan yg jual bawah rm3..hempeh kan..??!!

sbb tu la aku malas nk gi baazar ramadhan..

yg peliknye..time x pose..bole plak jual ikan rm2.50 jek..ni..dan-dan pose lak sume nak naik..

mmg cekik darah la dorang nih!!



errmm..oklah..kite abaikan je pasal harga makanan di bulan pose ni..mmg dah gitu,nk buat camne kan..

baik pikir pasal raya..baru la seronok sikit hati..



pasal nk deko2 raya kerr..baru best sikit..hihihi..tapi aku pon belom start deko rumah lagi..buat slow2 je laa..rumah aku pon bukan besar sgt..huhuhu..insyaallah,kejap jek tuh..







(nk deko camni bole tak??chanteknyee....

abg eric,tolong la deko rumah saya..

[sambil buat muke bahjet chomei]hehehe..)





nota pengarang : korang raya2 buat tak rendang ayam..??aku setiap tahun,mesti ade rendang..itu menu WAJIB..rendang ayam dan daging..nnt aku bagi resepi rendang ayam yee..wink2!! tunggu...!!










Sunday, July 24, 2011

MeNyimPan SeMuA DeRiTa Ini..!!

Bila terbaca Entry Abg Ben pasal “kau rasa kau dah cukup derita ke?” tetiba terlintas di fikiran aku pasal cerita2 yg aku terima dari org yg rapat dgn aku..

Rupanye,aku ni alpha dengan dunia sendiri yang asik rasa cukup2 makan..nk beli sofa baru pon tak dapat..mengeluh sbb sofa yang di dah dipakai hampai 5tahun dah lusuh..

Mengeluh sebab duit gaji bulan ni dah habis dan x dapat nk shoping baju,makeup, handbag dan sebagainyee..

Mengeluh sebab tak merasa nak pakai barang kemas ,nak pakai baju & kasut yang tendy..

Padahal, orang-orang keliling aku hidup serba kekurangan..

Yang aku rasa teruk sangat bila aku baru tahu,makcik aku sendiri yg duduk di kampong rupanye hidup cukup2 makan..untuk membesarkan anak yang masih kecil seramai 5org.

Dia bercerita dengan kawanya di waktu kenduri kawin dan mak aku terdengar..dia menangis cerita anak2nya dah bertahun tak tukar baju atau kasut sekolah..dan jangan harap nk merasa baju raya..

Mereka pernah berbincang..si Ayah pernah bertanya,sama ade nk baju baru atau nak naik kereta?

Anak-anak sanggup pilih nak naik kereta dari ade baju-baju baru..pedih hati aku dengar!! Sakit..

Kenapa aku manusia terhampir tak dapat membantu..pandai sungguh makcik dan pakcik aku menyimpan semua derita ini..

Tahun ini,Aku mohon pada Allah murahkan rezeki aku..aku nk hulur pada mereka yang memerlukan walaupon hanya sebesar hama..aku harap bantuan kecilku dapat menggembirakan hati bidadari2 kecil makcik dan pakcik ku..

Dan baru tadi..Orang yang aku jumpa tersenyum girang..berbudi bahasa yang sangat santun..rupanye menyimpan seribu rahsia..dia rupanya,salah seorang ,orang yang layak menerima bantuan..

Dia tegur mama aku, dia kate makcik xkenal saya lagi ke?makcik kan pernah dtg rumah saya hantar beras..

OMG!! Dia rupanye salah sorang org susah..!! sikit pon x nampak susah..pandai dia menyorok semua derita!!

Allah..kau berikan aku Mata,Kau perlihatkan aku derita mereka..Kau berikan lah pula upaya membantu mereka Allah!! Amin3…


Nota Pengarang : Amat mensyukuri nikmat dari Allah s.a.w...



AwaN yang PaLing meMiLukan..!!




AwaN YanG TeRPiLu - Ning BaiZuRa








Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh

Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih paling setia

(Korus)
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Puisi ini tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadamu

(Korus)

Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Perasaanku yang memujamu

(Korus)
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan
Awan yang terpilu


Nota Pengarang : Bila layan lagu ni,mula la rasa ade angin sepoi2 bahasa meniup anak2 rambut..dan detik pon mula perlahan (slow motion) Layan blues beb!!



Thursday, July 21, 2011

JiKa Dia SaTu-SaTuNya UnTuK Ku..!!


Aku pernah memohon pada-Nya..Ku Merintih inginkan dia..


Di hujung doa yang kian hilang harapan..Ku ubah permintaan ku..



Jika dia yang terbaik untuk ku, berikanlah aku dia..Jika itu boleh mengubat rindu yang lara..


Jika kau takdirkan aku tidak layak memperolehi dia..jangan kau palitkan rasa keingin di hati untuk memiliki dia..



Allah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui setiap sesuatu..Allah berikan aku Dia sebagai pengubat rindu..



Kini, setelah bertahun berlalu…keingin itu muncul kembali..Aku malu memohon lagi….!!



Jika takdirmu, hanya Dia satu-satunya yang layak aku miliki,aku amat syukuri..



Keingin itu kian bertambah….kekecewaan kerap singgah..


Jauhkanlah aku dari perasaan yang menghitamkan hati..!! Bila mereka yang bertuah menerima Dia dari mu Allah..Sesungguhnya, aku gembira di atas segala rahmat yg di kurniakan walaupun bukan untukku.



Namun di hujung sudut itu,terpalit satu rasa..rasa yang aku ingin padamkan jika Dia satu-satunya untukku!!







Nota Pengarang: Tamakkah aku,jika dulu permintaan dah di makbulkan,tapi kini menagih inginkannya lagi??!!


Wednesday, July 6, 2011

Menu Orang Demam..!!

Sian bie..smlm dia demam..terpaksa ambik MC...Aku balik je dari keje terus tgk dia yg tgh tido..tanya dia nk mkn apa..maklum la..selera org demam ni lain mcm sikit..nasib baik dia x demand nk mcm2..wahahaha..kalau x masak jugak la aku nk menyediakan..!!

Bie jenis kuat..dia kalau demam tak mengeluh sikit pon..dia diam jek..Aku tanya dia nk mkn bubur tak..dia nk..so aku masakkan dia bubur ayam la mlm tadi..bubur ayam special tau!!




kalau aku la yg demam,yg mmg jenis demanding ni a.k.a manja terlebih ni..mcm2 nak..kalau bole,time demam ni la nk bermanja2 kan..hehehe..

Maybe dah terbiasa sejak muda2 dulu..dulu mak aku,kalau kitorang demam..sebut je la nk mkn apa mesti dia sediakan..mintak je la nk apa..pasti di sediakan..jgn ko minta rumah banglo ngan kete sport udah la..xpasal2 kene pelempang berapit..wahahaha

Dulu,masa aku kecik2,kalau demam, abah balik keje mesti belikan buah campuran dlm tin tu..laici dan longan dlm tin pon dia beli jugak..bila mkn tu..rasa sejuk jek..hehehe..



Mak pulak,akan selalu picit2kan kepala..letak kain basah atas dahi..pastu tanya nk mkn apa..selalunya,mmg xde selera nk mkn apa pon..

Tapi,bila demam dah nk kebah,selera dah mula ade,tapi tekak la pulak pahit yg amat!! Ceh!!

Menu-menu demam kegemaran aku,yg aku selalu request mcm sup ketam, sup ikan merah, kari kepala ikan merah, sambal tumis ikan bilis..Air pulak nk air sedap jek..nak air laici!! Huh!! Sayang mak ngan abah..terima kasih mak sbb melayan kerenah anak mu ni..love u sgt2!!

Minggu lepas aku mcm xberapa sihat..memula tu tekak mmg terasa nk mkn sup ketam..dah nk ajak en.hubby gi pantai bagan lalang dah sbb nk mkn sup ketam..Dia ON jek..anytime boleh..Tapi di sebabkan badan xlarat..aku rela baring je dari berjalan ke mana-mana..

nota pengarang : kesian la pada yg demam,sbb hari ni hari dia..esok lusa mungkin ko pulak..nak cari air kelapa muda tok sejukkan badan..!!

Tuesday, July 5, 2011

Potty TraiNer....UnTuK BeLajaR 'YaK'...


Asalammualaikum..

Mendidik anak yang sedang membesar mmg memerlukan kesabaran yg kuat…Salah satu cabaran dalam mendidik anak ialah mengajar dia membuang air besar di tempat yg betol..Mengajar dia tidak perlu memakai lampin pakai buang lagi (pampers) mmg lah satu cabaran yg sukar pada mulanya..


Hari minggu yg lepas, aku ngan en.hubby keluar shoping barang dapur..bila sampai di bahagian baby , kami mencari keperluan anak kami yg dah habis..seperti shampoo ,sabun badan dan puting botol susu. Bila terserempak dgn potty trainer..tetiba baru teringt,ini adalah salah satu benda yg harus dibeli utk mula mengajar anak buang air di tempat yg betol..


Bila pilih2 yg mana yg paling sesuai..kitorang pilih yg ini…











Ini sgt sesuai dgn fateh..potty trainer yg sgt comel dan menarik..siap ade music lagi..hehhehe..


Boleh la dia ‘beybey’ dengan seronok dan selesa..secara tak langusung,tanpa dia sedari dia sedang di latih utk membuang ehem-ehem dengan cara yg betol dan di tempat yg betol…bukan lagi di belakang sofa atau di bawah meje…seperti selalu!! Huhuhu


Hari ini,hari yg ke-3 fateh berlatih membuang dgn potty trainer..nampak gayanya berhasil…!!


Dia dengan sendirinya akan berlari2 membuka seluar dan pampersnya utk ‘bey-bey’ kat potty trainer tu..happy je bila dia membuang sambil tekan bunyi music! LOL (nk ‘yak’ pon nk ade music ker?!)hahahaha


Mission utama aku ngan en.hubby nk dia training buka seluar dan buang air di toilet susses dgn baik sekali..huhuhu..


Ini gara2 sbb dia suka sgt bermain la..potty trainer kan nampak mcm toy ,coz berwarna-warni..bermain tanpa mengetahui dia sedang di latih..


Bijak2x..hahahaha..




Gambar potty trainer yg byk membantu..!!











korang sume doakan aku berjaya didik dia yee..pas ni,bole la jimat sikit duit.. tak yah beli pampers lagi.. :) wish me luck ok..!!



Monday, June 27, 2011

Jom Terjah Blog Terbaik bersama Sharifdez



Weehuu…Blog aku tersenarai dalam blog sharifdez .

Kalau x caya ceklik kat sini..pastu tgk senarai blog terbaik no. 5


Walaupon no.5…aku dah cukup bangga ok..hehehhe


teng kasih la sgt pada en.blog sharidez atas kesudian menyenaraikan blog aku diantara blog terbaik..huhuhu..


Pada sesape yg belom join blog sharifdez..baik join cepat..sbb ini adalah blogger yg terbaik..sbb blogger ni suke tolong blogger..hihihi..


Hidup en.sharifdez..!!3x (giler semangat patriotik!!)


Kreadit to si gadis comot sbb kenalkan dgn blog nie..love u byk2x!!


sesape yg teringin nk join promote blog..ni step2 nyerr..





2. Letak gambar blog sharifdez..(LOGO Origanal dapatkan di sini)


3. Nyatakan no anda dalam senarai di atas jika perlu.


4. Kalau rajin buat la sedikit ulasan pasal blog sharifdez..


Itu sahaja. Jika ramai pengunjung yang datang dari blog anda, mungkin blog anda pula akan terpilih untuk berada di “ Blogger Terbaik “ selama 1 minggu.

senangkan..jom follow!!



Friday, June 24, 2011

I Join Blog Cik KacaK

Assalammualaikum..

Tadi BerBlogwalking dalam Blog S.H.R.I.F.D.E.Z yg di promote oleh si gadis comot dan terjumpa blok cik kacak yg sgt comel..hehehe..

pastu terminat nk join satu entry dia..hope cik kacak masih sudi terima walaupon dah expired..hehehehe..(xkire..nk join jugak..:P)

dipendekkan citer i join blog cik kacak..




Kategori apa..nnt cik kacak je la yg tentukan yee..

So sesape yg nk join..ini syarat2nya..- buat i entry yg bertajuk 'i join blok cik kacak'

- tepekkan benner kat atas tu dlm entry atau side bar

- tag 2 org blogger (dan jgn lupe bg tau dorang)

dan tinggalkan link kat blog cik kacak

saya tag :
gadiz chubby

dan

Somebody Me

extra boley?? hahaha

mayloveumi

Little Damia

wink2x..love u allz


Tuesday, June 21, 2011

Aduh..aku jatoh cinta lagi..

Bila jatuh cinta ni..mmg indah..jatoh cinta kali ni agak berbeza..sbb ni cinta jalan sehala..hihihi
Iye arrkan..aku jek yg suke kat dia..dia tak tahu pon aku suke kat dia..kire cinta jalan sehala la kan??!!

Kalau org bercinta ni..mesti asyik nk tgk muka je kan..mcm tu jugak la yg terjadi kat diri aku..aku tak kire apa pon halangan..aku akan tatap jugak wajah dia..wajahnyee penyejuk hati...buat jiwa aku luruh..oo..gila betol cinta aku ni..



Mesti u allz tertanya2kan..sape kah lelaki yg berjaya membuat napas aku sesak tu..hahahaha..lain x bukan mesti la Seth Tan..a.k.a Aaron Aziz..





Bila aku tgk je dia dalam citer Nora Elena..mmg buat aku x keruan..jiwa aku tak tenteram..errmm..romentiknyee dia..gile ko kalau romentik mcm tu sekali xde pompuan cair..





Giler angau tgk dia cakap..ayat2 dia..kelakuan dia..perrhh..sumpah aku berani kerat rambut la weii..xde nye lelaki sesempurna itu di alam maya ni..




budak opis mate aku yg sama2 gilerkan si seth tan ni,sgt la brharap ade Seth Tan di alam jagat ni..aku dah warning ngan dia..supaya dia tak hanyut..”Tiada Lelaki mcm tu Kat Dunia ni..dalam NoVeL je ade tau..” hahahaha..jadik..jgn berangan!!





T_T sumpah dia nangis aku buat statement camtu..baru dia nyesal..hahaha
Seth Tan yg sungguh sweet..romentik sgt..suke dia..!!





Ritu gi tgk KL Gengster..mmg terbaik la..best giler..sape x tgk lagi baik gi tgk..
Aaron Aziz ade..dia sebagai Malek..dalam tu dia cukup macho..perrhh...mmg teruja la beb..
Cerita melayu terbaik 2011 kot...best sgt...





Aaron Aziz..giler macho..zizan mmg lawak giler dlm citer ni..time dia kene tikam..



sedey seyy..nk menitik air mata..



siyes talk: pegi la tgk Kl gengster..kompom terhibur..berbaloi2..sape nk belanja tgk KL gengster lagi sekali pon..sgt di alu-alukan.. :D









Wednesday, June 15, 2011

Aku CiKgu MaSak-MeMaSak...??!!

Assalammualaikum semua....

Rini nk citer pasal pengalaman aku jadi cikgu..
Cikgu masak memasak lagi..hehehhe
Tapi bukanlah masak lauk pauk..juz masak/buat coklat jek..

Pengalaman ini mmg terbaik..gold kredit utk kak yati & mother in-law aku yg byk sgt tolong aku semasa kelas dijalankan..

Memula aku di lamar oleh kak yati utk mengajar..mmg aku tolak mentah2..iye la kan..aku mana la ade pengalaman nk mengajar memasak ni..dah la bakal student2 aku otai2 belaka..hahahha..

Di pendekkan citer,aku berpikiran positif dan aku sahut satu cabaran baru dalam idup aku..nekad aku nk ajar dorang dgn 1 niat murni..nk memanjangkan ilmu..ilmu kalau org lain amal..kite akan dapat pahala right? Hehhe..itu yg aku kejar..pahala dari DIA..

Kelas yng dihadiri lebih kurang 20org sgt la meriah..xsangka aku otai2 lama ni minat belajar subjek baru..sedia maklum je la kan..biasanya org2 lama ni..xsuke nk belajar resepi2 baru..lagi2 yg rumit mcm ni..errmm..alamat kirim salam je laaa..

Cer tgk kitorang2 posing...bestkan..




kelas coklat dari Chocolate Bite's



Masa kat dalam kelas,merasa la kejap org panggil aku cikgu..waaa..perasaan berbunga mekar gitu..terasa mcm menjalankan tanggungjawab Negara lak..!! Ahak!!

Note: Perasaan tersentuh jugak la bila ada diantara anak murid aku yg sgt menghargai ilmu yg diajar..bersungguh2 ckp terima kasih siap peluk aku lagi..uuu..teruja mak..huhuu


Oleh itu..hargailah cikgu ye..sesungguhnya ilmu yg diajar pasti berguna 1 masa nnt..

SeLamat Hari Guru buat para cikgu yg membaca entry ni..walaupon dah lepas..nk ucap jugak..hahaha..:P tgh excited nih!!





Tuesday, May 31, 2011

SeSungGuhNya................MATi iTu PasTi.......!!


Bila aku akan Mati ye??





Kadang kala ade satu detik yang kite akan termenung seketika..teringatkan bila tibanya waktu kita dipanggil oleh-Nya..



Bunyi siyes je Entry nie kan..tapi kite kan mmg di galakkan ingtkan MATI..aku teringat ni pon sbb semlm baru je melawat mak lang aku yang di masukkan di hospital Putrajaya di Bhgn ICU.


Keadaanya nazak...


Bila melihat keadanya itu...aku terkenangkan diri aku..


Bagaimanakah keadaan aku mati kelak?


Adakah aku mati kerana sakit? Sakit apakah? Sedangkan sekarang aku sihat walafiat..alhamdulillah...


Adakah aku mati kerana kemaLangan jalan raya..aku ni pon bawak kete bole tahan laju..ish...astarfirullahalazim..selisih malaikat 44..jauhkanlah..



Bila citer bab mati ni, bulu roma meremang jek...eee..takutt..jadi aku tukar pakai la perkataan mati kepada ‘pergi’ ye..bagi memudahkan aku bercerita..tak la ketar sangat kepala lutut aku ni..


[pasni baca dan bayangkan diri sendiri okek..tapi kalau takut,aku tak kisah ko nk bayangkan diri aku]










[before teruskan membaca..on MP3 ni dulu yee..]

**********************************************************
Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
**********************************************************



Aku manusia biasa yang tak bole lari dari akan meninggalkan dunia yang fana ini..aku pasti aku akan pergi jua walaupon aku tak tahu bagaimana cara aku akan di panggil oleh-Nya..

Walaupon bila aku pikir je pasal benda ni..bulu roma aku merebang dan peluh jantan aku menitik..hakikat tetap hakikat..aku akui aku memang takut..


Aku takut sebab banyak perkara..sangat banyak perkara..siyess..



Pertama sekali..comfirm2 la pasal amalan aku..aku ni,ilmu agama sgt la nipis..bak kata pepatah senipis kulit bawang..sembahyang 5 waktu x berapa nk ade..mengaji jarang sekali..senang citer aku ni bukan di kalangan org-org yg kuat agamanya..aku sedar perkara tu..itu kelemahan aku..


Dalam perkara ni, aku x salahkan mak abah aku pon..sbb dorang dah jalankan tanggungjawab dorang dengan baik sekali..hantar aku gi ngaji Muqadam dengan Al-Quran sejak kecik lagik..Masa kecik,aku ni macam suci jek..setiap petang pegi mengaji..Tapi bila dah besar....


Pastu,bila aku pikir pulak pasal anak aku yg akan aku tinggalkan..macam mana keadaan dia tanpa aku jika aku pergi dulu..tanpa kasih sayang dari ibu kandungnya sendiri..


Aku cukup yakin..tiada siapa yang dapat berikan kasih sayang yang sama seperti aku sayangkan dia..sayang aku pada dia..kalau tidak keterlaluan..bole aku katakan aku sanggup tukarkan dengan nyawa aku sendiri!!..aku sayang dia sangat-sangat..!!


Bila dah jadi ibu ni,secara automatik kite akan di kurniakan deria ke 6..kata lain sixth sense..Setiap pergerakkan atau rengekkan anak kite,kite dah tahu dia nak apa..makan minum dia cukup terjaga dan teratur..dulu,kalau aku tinggalkan dia sekejap pon dengan pengasuh aku dah rasa dia derita..[maybe perasaan..abaikan..] Perkara ini yang paling berat utk aku tinggalkan..sebab kalau dia dengan hubby aku pon..hubby aku pon tak melayan dia seperti aku layan dia..maybe itu cara ayah dia didik anak..takkan nak samakan dengan cara aku ibu dia..


Maklum saje la ibu,sekeras mana pon hati seorang ibu itu..takkan sanggup tengok anak dia susah..Marah macam mana pon seorang ibu, takkan marah lama..sekejap je dah sejuk..


Bagaimana pulak dengan suami aku..adakah diakan tetap sayangkan aku dan takkan melupakan aku walaupon aku di alam yang lain..?atau adakah dia akan berkawin lain dan mencari ibu tiri untuk anak kami..ish..itu lagi aku takut..aku lebih rela anak aku dijaga oleh neneknya dari dijaga oleh ibu tiri yang aku rasa takkan dapat sayangkan dia..[kadang-kala,pikiran aku kolot jugak..terpengaruh dgn cerita bawang merah,bawang putih kot..]


Mak,Abah ngan adik-beradik aku macam mana..?Mak dengan abah akan ingatkan kakak sampai bila-bila ker? Selalu doakan untuk kakak ker?Rindukan kakak tak?Kakak dah tak de untuk bersama2 mak abah..takde nak jaga mak abah sampai tua..kakak yang kene pergi dulu..mak ngan abah redha ke..


Atau adakah mereka-meraka semua ini, akan sedih sebulan dua je..selepas itu mereka akan teruskan melupakan aku buat selamanya..dan aku disana akan kesorangan, kesepian, kegelapan serta ketakutan...Maka terus hilang lah insan yang bernama AKU..mereka takkan sebut-sebut lagi..tak akan panggil-panggil lagi..malah mereka mungkin takkan ingat lagi.............








*******************************************



Wahai Anak ku sayang......ingatlah pada mama mu ini..ibu yang melahirkan dirimu dari perut rahim ku..Ibu yang menyusukanmu..Ibu yang memberi sepenuh kasih sayang padamu..Ibu yang membesarkanmu....bukan harta dan wang ringgit lagi yang mama harapkan..Kini hanya secebis ayat-ayat suci Al-fatihah dan ayat-ayat kursi darimu anak ku....


Wahai suamiku yang ku cintai..aku dijadikan dari tulang rusukmu,untuk kau lindungi..teruslah lindungi aku walau aku di alam yang lain..teruslah sayangkan aku... akan aku nantikan dirimu disana kelak sayang...


Wahai Sahabat Handaiku..jika kau teringat akan daku..kirimkan lah sekalung doa buatku....


Oh! Air mata..jika mengalirnya dikau boleh membantu merawat rawan dijiwa..menghapus dosa dan noda..mengalirlah dikau..sejukkanlah hati yang sedang pilu..


Aku hanya hamba Mu , Ya!Allah..kepadamu aku berserah..ku pohon padamu kau panjangkan lah usiaku..berikan aku kesempatan memperbaiki segala kesilapanku,kealphaanku serta kelalaianku..


Ku sedar Ya!Allah,..aku tak layak kesyurga Firdausi Mu..Tapi...Aku juga Tidak Mahu jejak malah mendekati neraka jahanam Mu..


Ya! Allah, Ya! Rahman, Ya!Rahim..Kau yang Maha Agung, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..kasihanilah hambamu yang hina ini Ya!Allah.. Amin..Amin..ya rabbalalamin...



Nota Pengarang: Sesungguhnya Mati itu pasti..hargailah mereka di sekeliling kita selagi mereka masih ada..sama-sama kita berbanyakkan amalan dan kesalan atas dosa2 lalu..



Monday, May 30, 2011

LiLin sXxX......XOXO

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
" ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab
kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini
sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB
kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahmud ker?" "iya, saya ni
isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak leh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai
TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman
IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru
lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun
berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun
beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Mahmud ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia
pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun
nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah
lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman
kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahmud ni berdiri dan
mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak
settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si
mahmud naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong
encik punya..........." Si Mahmud mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI

LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????.....................