Showing posts with label mutiara. Show all posts
Showing posts with label mutiara. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Bila Janji Menjadi Duri,Kata MaAf MenjaDi RaCun..!!



Kadang-kala cinta yg sejati tidak bole menjanjikan satu kebahagian yg hakiki...
satu ketika dulu..waktu jiwa dibanjiri rasa cinta yg terlalu mendalam..mmg terasa dunia ini hanya aku dan dia..
bagai uda dan dara..cinta inilah yg paling luhur..yg paling agung..lebih agung dari cinta laila dan majnun..



aku sering lupakan kenangan manis itu..aku sering lupakan janji-janji indah dulu..sebenarnya aku bukan melupakan..aku sengaja tidak mahu mengingatinya lagi..


bagiku kini..cinta itu noda luka........!!


sakitnya kini,tiada apa yg boleh gambarkan..
luruhnya jiwa..hingga tidak mampu bangunkan lagi..


redhalah hati..aku pasrah padamu illahi..


cinta yg ku rasakan agung..kini duri yg berbisa..
bisa yg bukan saja membunuh malah meracun seluruh pelusuk jiwa sensara..


aku tekat,biar yg ku cinta bahagia..aku di kecamukan hati ini, diam...hanya air mata berlinang,sepi...


berbagai2 yg dilakukan,hingga satu yg tidak langsung dapat dilupakan..
janji2mu terlalu tajam..kata penyesalanmu satu siksaan..derita ini milik aku..


mata ini,xmampu lagi melihatmu..terlalu banyak kau khiyanati aku..


*****************************************************************************************************


dua insan sedang bercinta..dua insan berjanji setia..
telah ku katakan pdmu oh sayang..hanya kuasa tuhan dapat memisahkan...


******************************************************************************************************




kata pengarang : rahsia hati..siapa yg tahu..!!akan ku kesat 'air mata nur salina'..!









Tuesday, May 31, 2011

SeSungGuhNya................MATi iTu PasTi.......!!


Bila aku akan Mati ye??





Kadang kala ade satu detik yang kite akan termenung seketika..teringatkan bila tibanya waktu kita dipanggil oleh-Nya..



Bunyi siyes je Entry nie kan..tapi kite kan mmg di galakkan ingtkan MATI..aku teringat ni pon sbb semlm baru je melawat mak lang aku yang di masukkan di hospital Putrajaya di Bhgn ICU.


Keadaanya nazak...


Bila melihat keadanya itu...aku terkenangkan diri aku..


Bagaimanakah keadaan aku mati kelak?


Adakah aku mati kerana sakit? Sakit apakah? Sedangkan sekarang aku sihat walafiat..alhamdulillah...


Adakah aku mati kerana kemaLangan jalan raya..aku ni pon bawak kete bole tahan laju..ish...astarfirullahalazim..selisih malaikat 44..jauhkanlah..



Bila citer bab mati ni, bulu roma meremang jek...eee..takutt..jadi aku tukar pakai la perkataan mati kepada ‘pergi’ ye..bagi memudahkan aku bercerita..tak la ketar sangat kepala lutut aku ni..


[pasni baca dan bayangkan diri sendiri okek..tapi kalau takut,aku tak kisah ko nk bayangkan diri aku]










[before teruskan membaca..on MP3 ni dulu yee..]

**********************************************************
Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
**********************************************************



Aku manusia biasa yang tak bole lari dari akan meninggalkan dunia yang fana ini..aku pasti aku akan pergi jua walaupon aku tak tahu bagaimana cara aku akan di panggil oleh-Nya..

Walaupon bila aku pikir je pasal benda ni..bulu roma aku merebang dan peluh jantan aku menitik..hakikat tetap hakikat..aku akui aku memang takut..


Aku takut sebab banyak perkara..sangat banyak perkara..siyess..



Pertama sekali..comfirm2 la pasal amalan aku..aku ni,ilmu agama sgt la nipis..bak kata pepatah senipis kulit bawang..sembahyang 5 waktu x berapa nk ade..mengaji jarang sekali..senang citer aku ni bukan di kalangan org-org yg kuat agamanya..aku sedar perkara tu..itu kelemahan aku..


Dalam perkara ni, aku x salahkan mak abah aku pon..sbb dorang dah jalankan tanggungjawab dorang dengan baik sekali..hantar aku gi ngaji Muqadam dengan Al-Quran sejak kecik lagik..Masa kecik,aku ni macam suci jek..setiap petang pegi mengaji..Tapi bila dah besar....


Pastu,bila aku pikir pulak pasal anak aku yg akan aku tinggalkan..macam mana keadaan dia tanpa aku jika aku pergi dulu..tanpa kasih sayang dari ibu kandungnya sendiri..


Aku cukup yakin..tiada siapa yang dapat berikan kasih sayang yang sama seperti aku sayangkan dia..sayang aku pada dia..kalau tidak keterlaluan..bole aku katakan aku sanggup tukarkan dengan nyawa aku sendiri!!..aku sayang dia sangat-sangat..!!


Bila dah jadi ibu ni,secara automatik kite akan di kurniakan deria ke 6..kata lain sixth sense..Setiap pergerakkan atau rengekkan anak kite,kite dah tahu dia nak apa..makan minum dia cukup terjaga dan teratur..dulu,kalau aku tinggalkan dia sekejap pon dengan pengasuh aku dah rasa dia derita..[maybe perasaan..abaikan..] Perkara ini yang paling berat utk aku tinggalkan..sebab kalau dia dengan hubby aku pon..hubby aku pon tak melayan dia seperti aku layan dia..maybe itu cara ayah dia didik anak..takkan nak samakan dengan cara aku ibu dia..


Maklum saje la ibu,sekeras mana pon hati seorang ibu itu..takkan sanggup tengok anak dia susah..Marah macam mana pon seorang ibu, takkan marah lama..sekejap je dah sejuk..


Bagaimana pulak dengan suami aku..adakah diakan tetap sayangkan aku dan takkan melupakan aku walaupon aku di alam yang lain..?atau adakah dia akan berkawin lain dan mencari ibu tiri untuk anak kami..ish..itu lagi aku takut..aku lebih rela anak aku dijaga oleh neneknya dari dijaga oleh ibu tiri yang aku rasa takkan dapat sayangkan dia..[kadang-kala,pikiran aku kolot jugak..terpengaruh dgn cerita bawang merah,bawang putih kot..]


Mak,Abah ngan adik-beradik aku macam mana..?Mak dengan abah akan ingatkan kakak sampai bila-bila ker? Selalu doakan untuk kakak ker?Rindukan kakak tak?Kakak dah tak de untuk bersama2 mak abah..takde nak jaga mak abah sampai tua..kakak yang kene pergi dulu..mak ngan abah redha ke..


Atau adakah mereka-meraka semua ini, akan sedih sebulan dua je..selepas itu mereka akan teruskan melupakan aku buat selamanya..dan aku disana akan kesorangan, kesepian, kegelapan serta ketakutan...Maka terus hilang lah insan yang bernama AKU..mereka takkan sebut-sebut lagi..tak akan panggil-panggil lagi..malah mereka mungkin takkan ingat lagi.............








*******************************************



Wahai Anak ku sayang......ingatlah pada mama mu ini..ibu yang melahirkan dirimu dari perut rahim ku..Ibu yang menyusukanmu..Ibu yang memberi sepenuh kasih sayang padamu..Ibu yang membesarkanmu....bukan harta dan wang ringgit lagi yang mama harapkan..Kini hanya secebis ayat-ayat suci Al-fatihah dan ayat-ayat kursi darimu anak ku....


Wahai suamiku yang ku cintai..aku dijadikan dari tulang rusukmu,untuk kau lindungi..teruslah lindungi aku walau aku di alam yang lain..teruslah sayangkan aku... akan aku nantikan dirimu disana kelak sayang...


Wahai Sahabat Handaiku..jika kau teringat akan daku..kirimkan lah sekalung doa buatku....


Oh! Air mata..jika mengalirnya dikau boleh membantu merawat rawan dijiwa..menghapus dosa dan noda..mengalirlah dikau..sejukkanlah hati yang sedang pilu..


Aku hanya hamba Mu , Ya!Allah..kepadamu aku berserah..ku pohon padamu kau panjangkan lah usiaku..berikan aku kesempatan memperbaiki segala kesilapanku,kealphaanku serta kelalaianku..


Ku sedar Ya!Allah,..aku tak layak kesyurga Firdausi Mu..Tapi...Aku juga Tidak Mahu jejak malah mendekati neraka jahanam Mu..


Ya! Allah, Ya! Rahman, Ya!Rahim..Kau yang Maha Agung, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..kasihanilah hambamu yang hina ini Ya!Allah.. Amin..Amin..ya rabbalalamin...



Nota Pengarang: Sesungguhnya Mati itu pasti..hargailah mereka di sekeliling kita selagi mereka masih ada..sama-sama kita berbanyakkan amalan dan kesalan atas dosa2 lalu..



Thursday, November 4, 2010

BerTuaHnya JaDi WaNiTa.

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”



2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.



3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S



5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.



6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.



7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.









8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.



9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).



12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “



13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.



14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T



17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.


nota : wanita juga bole keraskan daging tanpa mengunakan peti sejuk.. :P
(notty statement )