Monday, May 30, 2011

LiLin sXxX......XOXO

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
" ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab
kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini
sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB
kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahmud ker?" "iya, saya ni
isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak leh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai
TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman
IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru
lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun
berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun
beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Mahmud ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia
pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun
nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah
lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman
kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahmud ni berdiri dan
mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak
settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si
mahmud naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong
encik punya..........." Si Mahmud mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI

LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????.....................










2 comments: