Friday, March 25, 2011

NoVel CinTa :. NakHoDa CinTa.: Episod 2


Episod 2,




Deringan telefon di meja mengejutkan lamunan aku..Ganggang telefon ku angkat lemah. Dugaan yang ku tanggung sudah ku kira amat berat. Rupanya..itu bukan kesudahannya. Kawan aku yang bekerja satu bumbung dengan dia menyampaikan satu lagi berita yang menusuk hati ku lagi.


Dia yang kononnya sibuk dengan urusan pejabat dan kerap terpaksa bekerja di luar waktu pejabat sekali lagi berdusta dengan ku..katanya dia sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk bersama aku.Kerjanya hingga lewat malam dan kadang kala terpaksa out station kesana ke mari..aku di sini, di tinggal kesepian,kesorangan tanpa kasih seorang suami.


Berita yang baru ku terima, seperti mencurahkan garam di atas luka yang sedang bedarah. Rupanya, kesibukan itu hanya ciptaan dia belaka..dia memang sibuk tapi bukan dengan kerjanya tapi dengan perempuan yang cuba merobohkan istana cinta yang kita bina bersama.


Bertahun menyemai kasih menyulam sayang, mahligai yang hampir roboh aku yang pertahankan..aku abaikan perasaan aku sendiri..aku abaikan jeritan batin ku sendiri demi kasih dan cinta ku padamu. Setiap bait-bait doaku dihujung solat,hanya berharap kasihmu kembali pada ku..sayang mu pada ku berputik semekar dulu..


Namun, kasih yang ku tabur bagimu adalah tanggungjawabku, kewajipan ku sebagai seorang isteri..kasih sayangku sanggup kau perlekehkan..


Sudah terlalu banyak kesedihan bersarang dalam lubuk hatiku.Aku rasakan dunia ini seperti aku sendirian kesorangan.Setiap hela nafasku, aku gagal..gagal untuk melupakan mu..gagal untuk meninggalkanmu walaupun sepahit hempedu kau berikan padaku.


Ya Allah!! Agung sungguh cinta kau palitkan dalam hati ku untuk insan bergelar suami.Kukuh sungguh cinta suci ini hingga sukar benar untuk aku melupakan dirinya walaupun mata ini pernah menjadi saksi kecurangan mu. Gambar romantik kau dan dia masih elok terpahat dalam ingatan ku.Bayangan ini aku yakin,aku tak akan dapat padamkan dari ingatan ku, melainkan Allah menarik semula nyawaku!!


Air mata ku menitis lagi..Kesabaran ku kini ku kira sudah melangkaui alam sejagat ini.Terlalu banyak peluang yang aku berikan padamu.Kau hanya pandai menabur janji,bersumpah tidak ulangi,namun segalanya hanya tinggal kata-kata.


Sesempurna mana pun seorang insan, masih ada tahap kesabaran.Jangan sampai, aku kehilangannya.Jika ia hilang bererti hilanglah sudah cintamu dalam sanubariku.


Buat masa ini, Biarlah aku membawa hati ini.Meredah selaut sepi, mencari secebis kasih..








bersambung..




4 comments:

  1. hehehe..TQ..jgn touching lebih2..nnt leleh air mata ;D

    ReplyDelete